Sunday, March 22, 2009

Tersangkut...siri 2

VITO CORLEONE: I never wanted this for you. I work my whole life - I don’t apologize - to take care of my family, and I refused to be a fool, dancing on the string held by all those big shots. I don’t apologize – that’s my life - but I thought that, that when it was your time, that you would be the one to hold the string. Senator Corleone; Governor Corleone. Well, it wasn’t enough time, Michael. It wasn’t enough time.
MIKE CORLEONE: We’ll get there, pop. We’ll get there.

Menulis sesutu yang berkesan untuk diri sendiri. Malam ini aku tidak tidur lagi, masih menyendiri, dengan imaginasi dan alam, yang masih tidak tersingkap misterinya. Aku memerhatikan sekali lagi karenah zaman kini, 2007, dari kacamata naifku. Dunia yang makin sukar untuk difahami, di mana definisi kehidupan menghidap penyakit multi identiti. Manusia yang mendiami dunia ini juga seakan tidak mengerti akan apa-apa yang terjadi dan mereka hadapi sehari-hari. Dunia bergerak terlalu pantas, sehingga manusia gagal untuk berfikir secara bernas. Ketamadunan yang dipanggil serta teknologi yang terhasil kadangkala membuat manusia jadi bingung dengan diri mereka sendiri, dimana kemudahan yang sepatutnya membantu mereka telah menjadi sesuatu yang menghantui mereka, mencandui mereka. Generation gap, gender gap, pseudo-genetic gap, adalah jurang-jurang yang terhasil dari ketamadunanan hedonisme kini dan teknologinya, jangan salahkan teknologi, tapi salahkan pemikiran manusiawi dan kepentingan perdagangan daripada teknologi ini, perniagaan adalah sesuatu yang terutama kerana maunusia gila mengumpul harta. Manusia makin hilang jati dirinya, hilang ketaatan dan kesetiaannya, nafsu membenarkan cara, asalkan ianya secocok dengan nafsu, semuanya boleh. Konsep bercinta, konsep persahabatan, malah institusi perkahwinan teruk sengsara mengalami wabak ini. Perceraian adalah trend, kecurangan adalah normal, dan khianat kawan adalah survival, manakala menipu adalah cool, hatta merupakan suatu keperluan, kewajipan. Skandal adalah teman gelap adalah keperluan nafsu, bercerai adalah kerana tiada toleransi, kesetiaan dan persefahaman, seks dan keganasan adalah yang tersisa untuk kemanusiaan.

Budaya menyalin, mendengar dangan taat, menerima tanpa pemikiran kritikal, budaya nota kaki atau terlalu banyak merujuk, tiada kreativiti dan inovasi, budaya sarikata, sebab tak faham, lalu hilang dalam penterjemahan. Dalam kehidupan ini, ada sesuatu bau yang tidak kita gemari dan jikalau terbaunya kita menjadi tidak keruan dengannya. Begitu juga dengan perhubungan sosial. Ada juga beberapa jenis sikap atau perangai manusia yang apabila kita bertemu, kita menjadi tidak sehaluan dengannya.

1 comment:

AzimAzini said...

alaf baru.dimensi baru,masalah baru,musuh baru..