Friday, June 1, 2012

Pos Pertama 2012 Hari Sabtu

Saya menelek dan 'menelaah' beberapa weblog glamor dan popular tempatan hari ini, sebagai suatu inisiatif betapa saya masih mahu mengikuti perkembangan dunia siber maya apa-pun-namanya. Weblog ataupun blog adalah tempat untuk kita penghuni dunia internet untuk menulis apa yang kita fikir kita suka untuk tulis dan luahkan - sekurang-kurangnya inilah takrif umum untuk fungsi blog ketika ini. Ianya membuatkan saya terfikir..yang kadangkalanya blog seolah-olah menjadi diari peribadi sang penulis blog, dan inilah yang memusykilkan saya lantas 'mengagumi' pancaroba penuh cacamarba zaman ini, zaman yang pihak Barat (dengan huruf B besar - merujuk suatu kelas/pihak yang memiliki entiti rasmi) gelar pasca-moden. Yang disebelah Timur (juga dengan huruf T besar) menghuraikan sebagai zaman yang penuh dengan ke-tidak faham-an. Segalanya seakan berterabur dalam terancang, sesat dalam terang, terlalu banyak erti dalam satu patah perkataan. Maka, apa akan tersisa pada rahsia dan jatidiri apa bila yang tersembunyi tidak lagi disembunyi. Semuanya ingin luah,ingin tulis, ingin lafaz. Apapun ianya masih tertakluk kepada penilaian dan pertimbangan diri masing-masing. Saya tidak ingin mengkritik atau menjatuh hukum, cuma sekadar ini, ianya membuatkan saya terfikir....

saya yang mentah dunia IT.