Sunday, March 22, 2009

Tersangkut...

Ianya adalah halaman buku, monitor komputer, skrin televisyen dan kolestrol yang membuatkan mataku semakin kecil, sehinggakan bekas teman wanita menyatakan tanpa segan silu, dan mungkin tabiat compulsive overeating disorder. Pemikiran agak sepi sejak akhir-akhir ini, mungkar mata terus segar, tetapi mungkar telinga makin pudar. Nafsu berhantu. Aku tidak sekental dulu, penguin adalah burung yang sering terbayang di fikrahku sejak dua menjak ini. Suasana politik Malaysia semakin menyerlah, dengan kehadiran barisan tokoh-tokoh pemberontak yang semakin galak menginjak keberadaban bangsa istimewa tanah ini. Ini salah siapa sebenarnya, kita di hina kerana kita lemah, itu fungsi alami aturan hutan ala Darwin, tapi di aplikasi penuh dedikasi oleh umat manusia kini. Kita sebagai rakyat yang di cerca harus bangkit, membuat bising agar yang mencerca ketahui bahawa betapa kita tetap ambil pusing tentang hal-hal sekeliling. Maka, jika di hisab serangka sebentar, mengapa isu-isu ini boleh terjadi, kita patut memikirkan pesanan orang lama yakni, jika angin tak bertiup masakan pokok kan bergoyang. Pagi itu indah, sebagaimana malam pukul 3 pagi waktu sesuai untuk bermuhasabah diri…

1 comment:

AzimAzini said...

"kalau roboh kota melaka,papan di Jawa hamba dirikan"