Tuesday, December 30, 2008

Sastera Jalanan Bahagian Tiga

3F (fear, fatigue, frustration) Street Lit Experiment No. 3
“…dan alangkah bangganya apabila seorang pemuda parti fasis ini, di tatkala hujung nyawanya bertanyakan di manakah baju uniform yang di pakainya semasa muda dahulu…”

Ianya adalah tragedi. Kerana masa dan wang mengejarku. Anglo Saxon dan Bani Yaakob menjejaki dan menelanku. Aku pernah mendirikan suatu perhubungan istimewa dengan seorang dari kromsom XX, yakni jantina perempuan. Maafkan aku jika penyataan saintifik tadi silap kerana aku malas mahu menyemak buku sains tingkatan lima di stor, macam lah aku amik subjek Biologi mase SPM dulu.Cheh!!. Muzik, arak, judi, dadah, kerja, membeli = Bunuh diri, Kanser, membunuh, terbunuh, depresi, inflasi. Perempuan yang aku ada hubungan nie, tak cantik, gemuk, buruk, tapi aku suka, sebab aku suka, tiada penjelasan yang logik atau saintifik. Tiada retorik tiada dialektik. Jangan cepat melatah, nanti kita yang patah. Dan konflik pun berlaku, ianya begini dan begitu. Tak perlu tahu, kerana yang penting kalian tahu, terjadinya konflik dalaman, diantara personal liberalisasi feminisme perempuan itu, dan kediktatorial ultra-monarki prinsip diriku. (An) War. Fasisme dan logika politik populi tempatan, Machiavelli. Hubungan kami pun punah, kerana si perempuan bermain kayu tiga (unlimited edition of loyalty, royalty for limited edition). Ternyata ianya menghancurkan hatiku. Makanya aku telah melahirkan rasa kebenciaan yang amat sangat dan dendam kesumat. Aku tonton filem Count of Monte Cristo, tapi tak dari mula. Ada novel dengan judul yang sama tapi aku tak baca lagi, banyak gila muka suratnya, dalam PDF pulak tu. Dan juga filem V for Vendetta, ianya asal sebuah komik bersiri terbit di luar negara, tapi aku takde pulak koleksinya. Apepun aku seronok tengok kedua-dua filem ini. Maka hendak di jadikan cerita hubungan kami pun terputus, sedih sungguh aku di buatnya. Bayangkan sedihnya tu sampai aku tak lalu makan Mee bandung yang di bawa segar dari Muar. Makanya selepas aku sudah putus hubungan dengan si dia. Aku cuba menganalisis perhubungan kami. Aku dapati ada kemungkinan dan keraguan tentang betapa hanya si dia saja punca hubungan kami tidak menjadi. Mungkin ada faktor dari dalam dan dari luar, yang menarik dia keluar, dan menolak dia pergi. Mungkin aku telah tidak bersikap adil, tidak melayan dia dengan sebaiknya, terlalu mengongkong, terlalu cemburu…uugghh…ada silap aku jugak rupanya, tapi ego tetap ada kan? Kita Melayu mesti Kiasu, bak kata Ungku Aziz…hehe..abaikan tetapi dari analisis tentang perhubungan ini aku dapati satu kejutan yang amat sangat, yakni korang semua nak tahu, betapa aku di sepanjang cerita yang aku coretkan di atas, bukan lah sebenarnya aku, yakni penulis, tetapi aku dapati dari analisis cerita ini yang aku sebenarnya adalah seorang individu lain bernama Jerry Patafizik…pelik!


Inspirasi : Alfred Jarry, Pierre Bayard, Pierre Bayard, Pierre Bayard rules!
Playlist : Limb Bizkit

Saturday, December 13, 2008

La la la la

Balada Jerry Patafizik...(Eksperimen Prosa Sastera Jalanan [Street Lit]) Bahagian Dua

Merdre!!! (English : Shitrr!)

I’m a loser, fuck me. Haha…gelak!!!..tidur! bangun pagi, tapi tak serupa pagi, matahari dah meninggi. Bangun, tak mandi, tak gosok gigi. Makan chikedis, minum Coca-Cola™. Fat slob, anorak, trainspotter. Masturbasi™ itu hobi. Gila punya orang. Stadi sains sosial, tapi tak reti jaga diri, tak tanggungjawab, salahkan pak menteri. Cilake punye Government™, sial punya Capitalist™. Buka famflet Anarchy™, buka buku filosofi, buka PDF Socialist™, buka zine Punk™, dengar lagu Thrash Metal©, Black Metal™, Death Metal©, Dangdut® sampai mual. Revolusi™! Reformasi™! politikus lawat/lewat/l*wat (a-e-i-o-u) lagi, konspirasi!. Kadar jenayah tinggi, geleng-geleng kepala mengeluh… zzzZzzZZz… Surf internet, tengok satelit tv---sepanjang hari, hidup ke begini? (guna sofa IKEA™, meja IKANO™, handphone NOKIA™) Makan nasik, lauk masak lemak, ikan keli, mengantuk! tidur lagi. Straight Edge© hari minggu, Vegan© separuh masa. Jadi parasit, jadi kutu, tunggu, menagih rezeki. Nak jadik Hippies™, baca Vice magazine® kat CC librari universiti. Tak artikulasi, mendiam diri. Anti sosial tapi risau pasal privasi, pasal sekuriti…anti-work, anti-corporate multi nasional, trans nasional company…Bla! Bla! Bla! Pakai cermin mata tebal, tak cukur janggut, misai tak jaga…rambut panjang pening kepala, isap rokok Israel™ lagi. Jeans koyak pergi tampal, ibu kata bila nak beli baju pakai duit sendiri…ZZZzzZZZZzzz…jaga malam, layan khayalan. Menipu kata menyembunyi, misteri. Gila babi. Tengok 3gp, lucah lagi, video porno, dah lali. Pornografi---page 3, Playboy™, Penthouse™, Baywatch, stacy. Cakap tak serupa bikin, bila mau sedar nie!!!

Inspirasi - Azman Hussin (Penulis Tempatan, salah satu karya beliau sebuah cerpen berjudul Boxing, Boxing, Boxing “ dunia nie keras, sebab tu kita nie, manusia suke yang lembut-lembut”), Alfred Jarry, Roger Shattuck, Astro tv, [Hotlink Maxis, KFC, Marlboro, Colgate, Coca-Cola], [Superman, Spiderman, Bendera Star & Stripes (USA) Union Jack (UK) dan Bendera Peranchis].

Playlist semasa menulis :-

Limp Bizkit - Chocolate Starfish and Hot Dog Flavored Water

Limp Bizkit - Significant Other

Dark Knight - Batman the Movie

Baca sesuatu penulisan itu, macam menonton filem Zombie Kampung Pisang, yang rasa ianya humour, ya ianya humour, yang rasa ianya bermesej, ya mungkin bermesej, yang rasa ianya artistik, boleh jadi ianya artistik dan berestetika, yang fikir ianya membosan dan macam haram, memang ianya membosankan dan macam haram…hehe…yang penting kita balik rumah nanti, hati senang, pikiran tenang, perut kenyang, alat masih boleh tegang, maknenye tiada ED atau PE laa tu, tak begitu? – Elfy fareezy bin ??? (alamak aku dah lupa nama bapak dia daaa!) [bukan nama sebenar]