Wednesday, December 23, 2009

Pax Brittania versus Pax Americana



satanik death betul tarikh diorang nie...sbg bekas anak jajahan British, gua follow tarikh ala british laa...7.1.2010 wa ingat "tujuh haribulan januari dua ribu sepoloh", sekali tarikh tu guna sistem amerikkka la plak..ini bermakna 7.1.2010 bererti "satu haribulan julai dua ribu sepoloh"..haha.. save enam bulan gua..tulah nasib, sebagai anak jajahan..dulu british sekarang amerikkka...center ke centre...groud floor ke first floor...amerikkka tak sebut lori, dorang sebut truck...british jer sebut lorry...british tak sebut cop, dorang sebut bobby...amerikkka je sebut cop...malaysia pun sebut cop jugak..hehe...nak wat lagu mana kita kan bekas anak jajahan british yang skrg dalam proses menjadi negeri ke 51 negeri-negeri bersatu Amerikkka (united states of america)

Monday, December 21, 2009

6's

Masa ese kerja dekat kilang printing surat khabar THE STAR, Shah Alam...selama 2 bulan jor tue..ese telah diperkenal kan dengan sistem kerja 6's -- biasanya dalam standard kerja, kilang - kilang guna 5's sajo..tetapi dek kerna kilang ni lagi otai dan sotai dari kilang lain, diorang tambah lagi satu S..apo bondo lagi satu tu pun sei tak ingat, waima lagi 5's yang asas tu pun, lagi sei tak ingat...apa pun selain 6's nie, ado laei satu 6's yang ese ketahui...yakni berkenaan dengan teori konspirasi...yaitu 6's yang digunakan oleh para konspirator untuk mencandui penduduk dunio dalam cita-cita diorang untuk mencipta NEW WORLD ORDER...haha..maap la, sebonarnyo...ese ni memang minat cerito-cerito berunsurkan teori konspirasi nie...malah hobi ni samo"naik" dengan hobi den "underground scene"...apo pun, nak di sipnopsiskan cerita...6's tu adalah1) smoke - iaitu, asap, yakni kecanduan, dan ketagihan termasuk dadah...samada herba maupun sintetik.. 2) sex - iaitu keseksualan dalam filem, majalah, skim pornografi melalui t.v, internet, VCD, DVD, HD-DVD, Blu-Ray dan seangkatan dengannyo.. 3) Songs - Lagu-lagu entertainment yang berunsur Hedonis, Komersial, dan konsumerisme, dan kegiatan mempromosi amoral dalam karya mereka.. 4) Screen -yaitu, muvie, drama, realiti teevee, soap opera, yang di adun dan di canang mengikut selera mereka yang berpropaganda dan melalaikan..5) Sports - kesukanan sebagai unsur hiburan yang melalaikan serta mentaksubkan (fanatik)... 6) Styles - hermm..yakni agak umum, tapi kito bule faham laa..melalui fesyen, trend yang direka-reka untuk melariskan produk, dan menggalakan para pembeli untuk terus berkonsume...

....to be continued...

kamus :-
* otai - Old timer ; legend ; bagus
*Sotai - Cikai, buruk, kotor, tak menarik (rujukan bibliografi - En Hairul Sani Technician)

Sunday, December 13, 2009

Serigala...


2,3 minggu nie..ese ashyik layan band dengan nama-nama serigala jaaa...

1. Wolfpack( aka Wolfbrigade) - Sweden
2. Wolfpack Unleashed - Austria
3. Wolves in The Throne Room - U.S.A
4. Wolfenhords - Croatia...

ada yang ironi dari band2 yang ese dengar nie...saper tau? apa dia?

Saturday, November 28, 2009

dari blog kat friendster aku, nak selit jugak kat sini...

Facebook versus Friendster

Kejayaan ketamadunan kapitalisme-liberal adalah merupakan suatu kejayaan tamadun yang paling pantas sekali berbanding tamadun- tamadun lain..yakni, dalam masa 250 tahun, tamadun kapitalis-liberal berjaya menghasilkan friendster! cantik jugak Watie Elite nie, ni mesti botok & plastik surgeri…tapi persetankan itu semua, yang penting, canteek…eih,
Katriona Ross ni aritu eksiden kan?, nasib baik dapat berlakon balik… haritu,
aku lepak dengan rakan2, depa cakap sekarang facebook paling best, aku mengiyakan.
memang aku akui sebab dulu aku pernah terbaca, mengikut statistik di negara
Negeri2 Bersatu Amerika (United States of America), My Space no1, facebook no2.
kalo ikut pemilik Myspace ini sekarang milik Rupert Murdoch, penyokong kuat zionis, facebook pulak ada kene mengena dengan CIA, betul aritu dlm paper The Star ada cakap. So, CIA ni pun mmg orang kuat polisi Yahudi Zionis Amerika, lantas, aku dgn penuh narsissis dan ego, aku cakap katsini, itu pasal la aku pilih, friendster, paling neutral.. kira aku boykot la Zionist & CIA nie..macam orang kita sekarang tgh boykot barangan Dutch (Belanda) dan Danish (Denmark, bukan Nora Danish la, Prof!), mcm kita boykot Avram Grant & Tal Ben Haim dr Chelsea. tapi kat Malaysia 2 grandmaster Freemason ada kat sini, yang monitor kawasan Thailand, Malaysia & Singapore, Freemason ni pun kawan baik Zionist (yeke jack, mana ko tau, bukti sket?), so, apa yang kawan aku cakap friendster nie pun bakal tak lama…hermm..aku pun rase sependapat dengan dia, korang yg main friendster ini, tak lame lagi, friendster dah tak relevan dah…so,
pendek kan cita, borak malam tu tak habes, sebab ada nightline, balik umah baru
sambung tengok movie tu, Ben affleck memang segak, ending cita tu memang best…the
spies know it all…we need undercover to make the world goes round…eh..ape
aku merepek ni…significant but not relevant

Mececer!!!

*koleksi penulisan ku di merata-rata tempat!

New Temple is built…
(diselit di friendster)
I’m useless, rotten, maggot of society, and what i see here is, there is new temple is bulit around the world, the temple of money and technology cult. have a nice spiritual healing. if you want to read a little bit crap, you’re very welcomed to here my blog space…ghost of my past haunted back and eat my sanity, history really shadowing me, and i waiting the new Panglish language…

Corp-politico...(diselit di friendster jugak)

Penyakit tentang kuasa yang melampau dan kewangan yang menimbun adalah suatu penyakit yang manis tetapi merbahaya dan ianya amat menyenangkan namun menggilakan, adalah sesuatu yang tidak mustahil betapa orang pernah berkata "di dalam politik, tiada yang kebetulan atau tidak sengaja”. begitu juga perihal orang-orang dalam perniagaan dan perdagangan yang menjual produk atau jenama mereka dengan pelbagai helah dan muslihat. Saya teringat akan kata-kata seorang rakan tentang siapa yang akan menjadi juara AF 6 dulu? dia dengan yakin berkata Stacy, saya bertanya kenapa? Ianya adalah Stacy paling sesuai untuk tujuan marketing dan politic. hujahnya, dari segi lagu untuk finale AF6 dulu hanya Stacy yang memiliki lagu yang market “Aku Stacy” maknanya Stacy sudah di rekrut untuk menjadi juara dan kelak apabila dia menghasilkan album nanti, mana paling sesuai melainkan judul albumnya jua “Aku Stacy” tak kah ianya begitu marketing dan komersil sekali. Lantas, dari perihal politik, Sabah berasal dari Sabah yang ketika itu baru selepas pilihan raya, dengan adanya seorang warga Sabah yang popular dan berjaya di Semenanjung, makanya di harapkan ianya dapat memberi sedikit kecerian dan kegembiraan penduduk Sabah. Dari segi sosio-politik, ianya adalah logik kerana komuniti rakyat Malaysia kini sememangnya sudah sarat dengan basis hedonis-entertainment, maka kejuaraan sebegini ya atau tidak pasti memberi ceria pada rakyat Sabah paling tidak ada isu yang nak di sembangkan di kedai kopi nanti (menggantikan isu ketidakpuashatian rakyat dan masalah poltik berbangkit!). Begitu jua berkenaan pemilihan jawatan di dalam Umno baru-baru ini, tetapi kali ini, kawan saya itu agak lewat meramalkan kemenangan wonder boy Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, namun setelah Khairy menang dia lantas tersedar, menggelengkan kan kepala sambil berkata “all this while, that post was reserved for him”, sememangnya katanya, komuniti Umno memang merestui khairy untuk jawatan itu, kalau tidak masakan ketika pengadilan etika sebelum itu, dia hanya di beri amaran. Dari situ kita dapat lihat dia memang di set kan untuk menang, dan segala pelan selama ini telah berjalan dengan jayanya.. terlalu nipis antara kebetulan dan konspirasi…


Membaca amalan Mulia


aku sekarang tengah cuba untuk menjadi pembaca buku yang tegar...
salah satu buku yang aku tengah cuba baca sekarang berjudul Virtual Light karya William Gibson ini...
tiba-tiba hari ini kepala aku rasa macam sakit semacam...
ada sesiapa peminat William Gibson tak? korang nak tak amik buku Virtual Light ini tangan kedua (2nd hand)? dalam RM 30 okey tak?

Friday, November 27, 2009

Pagi Sabtu


Semalam Hari Raya. Samaada mimpi atau de javu...ayat ayat ini tertera di minda -- 'jangan terlalu banyak berpikir dan melayan perasaan'. Hendak muat turun Negate ke Course of Action ke Minor Threat?. Aku orang yang ironi, dan parodi, sebab tu aku minat AC Milan dan Inter Milan...gelak! apa khabar diamondku yang kini beraya di kampung, semalam sepupu belah abah nikah, hari ni sepupu belah ibu tunang...wah! meriah...