Saturday, November 28, 2009

Mececer!!!

*koleksi penulisan ku di merata-rata tempat!

New Temple is built…
(diselit di friendster)
I’m useless, rotten, maggot of society, and what i see here is, there is new temple is bulit around the world, the temple of money and technology cult. have a nice spiritual healing. if you want to read a little bit crap, you’re very welcomed to here my blog space…ghost of my past haunted back and eat my sanity, history really shadowing me, and i waiting the new Panglish language…

Corp-politico...(diselit di friendster jugak)

Penyakit tentang kuasa yang melampau dan kewangan yang menimbun adalah suatu penyakit yang manis tetapi merbahaya dan ianya amat menyenangkan namun menggilakan, adalah sesuatu yang tidak mustahil betapa orang pernah berkata "di dalam politik, tiada yang kebetulan atau tidak sengaja”. begitu juga perihal orang-orang dalam perniagaan dan perdagangan yang menjual produk atau jenama mereka dengan pelbagai helah dan muslihat. Saya teringat akan kata-kata seorang rakan tentang siapa yang akan menjadi juara AF 6 dulu? dia dengan yakin berkata Stacy, saya bertanya kenapa? Ianya adalah Stacy paling sesuai untuk tujuan marketing dan politic. hujahnya, dari segi lagu untuk finale AF6 dulu hanya Stacy yang memiliki lagu yang market “Aku Stacy” maknanya Stacy sudah di rekrut untuk menjadi juara dan kelak apabila dia menghasilkan album nanti, mana paling sesuai melainkan judul albumnya jua “Aku Stacy” tak kah ianya begitu marketing dan komersil sekali. Lantas, dari perihal politik, Sabah berasal dari Sabah yang ketika itu baru selepas pilihan raya, dengan adanya seorang warga Sabah yang popular dan berjaya di Semenanjung, makanya di harapkan ianya dapat memberi sedikit kecerian dan kegembiraan penduduk Sabah. Dari segi sosio-politik, ianya adalah logik kerana komuniti rakyat Malaysia kini sememangnya sudah sarat dengan basis hedonis-entertainment, maka kejuaraan sebegini ya atau tidak pasti memberi ceria pada rakyat Sabah paling tidak ada isu yang nak di sembangkan di kedai kopi nanti (menggantikan isu ketidakpuashatian rakyat dan masalah poltik berbangkit!). Begitu jua berkenaan pemilihan jawatan di dalam Umno baru-baru ini, tetapi kali ini, kawan saya itu agak lewat meramalkan kemenangan wonder boy Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, namun setelah Khairy menang dia lantas tersedar, menggelengkan kan kepala sambil berkata “all this while, that post was reserved for him”, sememangnya katanya, komuniti Umno memang merestui khairy untuk jawatan itu, kalau tidak masakan ketika pengadilan etika sebelum itu, dia hanya di beri amaran. Dari situ kita dapat lihat dia memang di set kan untuk menang, dan segala pelan selama ini telah berjalan dengan jayanya.. terlalu nipis antara kebetulan dan konspirasi…


No comments: