Thursday, June 18, 2015

Kuterus menulis kerana kumasih mahu terus bertahan... berdekah! dekah! dekah!


Saya suka menulis dan berbicara dalam nuansa "tersasar dari segitiga"... supaya pendengar atau pembaca boleh merakam dan menganalisis samada komunikasi saya dalam sinis atau manis atau terus serius.

Hari ini adalah Awal Ramadhan 1436H ataupun bulan puasa bagi tahun 2015. Banyak perubahan telah berlaku, saya kini sudah beristeri dan membuka perniagaan sendiri. Krisis ekonomi masih tiris, masih mencari idea dan fikrah untuk menjana kewangan. Situasi politik masih sebegitu atau parah, iklim sosial makin cacamarba dengan adanya teknologi tapi saya masih disini. Oh, sebelum terlupa saya kini juga telah bermigrasi dari Selatan semenanjung ke Utara--- bermain-main sekitar Kedah-Perlis-Pulau Pinang, kerana berhijrah bersama isteri.

Saya sering menginginkan untuk menghasilkan satu penulisan yang mampu memberi kesan yang berkebajikan kepada masyarakat ataupun mempunyai satu medium yang dapat menyampaikan wadah dan dakwah yang bermanfaat untuk kesejahteraan manusia dan umat Islam.

Justeru, saya terbaca dan terfikir berkaitan dengan MEDIA ALTERNATIF. Ianya sesuatu yang menarik jika kita mampu mewujudkan satu wacana atau perantara yang masyarakat umum membaca dan menaruh kepercayaan diatas berita atau cerita yang disampaikan. Oleh itu, dalam membina satu media alternatif yang berupaya dan terpercaya kita harus mempunyai berita, cerita dan idea yang kukuh dan bernas serta tidak cuma mempermainkan akal dan minda pembaca. Ini tidak bermakna saya menolak atau memencilkan peranan laman sesawang atau blog yang menampilkan rencana berunsur humour, spontan atau lelucon. Saya percaya kepada keseimbangan dan pertembungan. Namun, apa yang penting hasil yang terbit dari pertembungan itu memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia dan kemanusiaan serta kepada hidup dan penghidupan.

Oleh yang demikian, dalam merencana masa hadapan kita harus toleh ke sejarah dan akar umbi serta asal-usul. Dalam merancang menerbitkan satu media alternatif, saya cenderung untuk menggunakan medium yang sedia ada dan jenama yang telah diguna. Bagi menyegarkan kembali ingatan saya, konsep fanzine yang saya gunapakai adalah dari subbudaya underground yang berasaskan senilagu, senikata dan idea-idea perubahan.

FAN-merujuk peminat bukan kipas. ZINE- adalah kata singkat untuk magazine yakni majalah.

Maka, fanzine masih sesuai digunakan, kerana walaupun tiada lagi senilagu atau senikata yang mampu di paparkan, kita tetapi masih lagi boleh berkongsi dan meminati idea-idea perubahan yang berkebajikan dan bermanfaat. Bukan kah itu sesuatu yang turut kita MINAT? seyogia kita masih lagi PEMINAT, bukan?

hahahhahaha...

JITRA-BUKIT MERTAJAM-BAGAN PINANG

No comments: