Thursday, December 30, 2021

Misi mengekalkan Tradisi

 Assalamualaikum wrh wbt & Salam Sejahtera.


Tahun 2021, menjadi tahun-tahun yang mencabar. Pandemik Covid-19 masih mewabak. Suasana politik negara seakan huru hara. Bulan Disember, banjir hadir di tempat tidak disangka-sangka. Semoga tahun hadapan lebih membahagia. Peristiwa tersangkut diantara air naik bah di Batu 3, Shah Alam.


Kembali menyewa di Nilai sejak Oktober.


Jam 00:53, 31 Disember 2021. Jumpa lagi tahun hadapan.


Monday, January 6, 2020

SELAMAT TAHUN BAHARU 2020 MASEHI




Sekali lagi, blog ini berfungsi sebagai medium mengucapkan selamat tahun baru... kali ini kita telah sampai ke tahun 2020. Sebagai seorang warga Malaysia, ianya agak memberi kesan kerana tahun ini merupakan tahun Wawasan 2020. Isu kereta terbang tidak kunjung selesai, ramai masih memberi nada sinis kerana ternyata pada tahun 2020 kereta belum mahu terbang. Tetapi, sebagai seorang yang positif kita harus faham bahawa terdapat perbezaan diantara wawasan dan pernyataan. Namun, ianya berbalik kepada pemilik mentaliti. Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana saya pun terasa sedar bahawa blog ini hanya sekadar tempat mengucapkan selamat tahun baru...

Jumpa lagi di tahun akan datang.... hahaha...wawasan dan harapannya lah!

Tuesday, August 27, 2019

PERSATUAN BULAN SABIT HIJAU


Setiap insan mempunyai tabiat buruk (bad habit), termasuk orang yang menukil ini.

Saya masih ingat kali pertama saya didedahkan dengan permainan video, ianya amat mengasyikkan, saya pada mulanya tidak percaya saya boleh terpengaruh dan terleka dengan permainan video tersebut, tetapi, perlahan-lahan saya terpaksa menerima hakikat saya sudah tersangkut dan sedikit ketagihan bermain permainan video.

Kemudian, saya telah meninggalkan tabiat bermain game tersebut untuk seketika. Namun, ketika belajar di universiti, sekali lagi saya terjebak di dalam kancah perlekaan permainan video.

Kemudian lagi, saya telah berjaya meninggalkan habit itu selepas habis pengajian di kampus.

Namun, setelah berumur 30-an, saya terpaksa mengakui saya terjebak lagi. Dan, saat menulis hantaran blog ini saya sedang berselang seli menulis dan bermain game, kini di telefon pintar.

Aduh...

Friday, January 4, 2019

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019

Syukur, kita bertemu dengan satu lagi lembaran tahun baharu, tahun 2019. Ini merupakan catatan pertama saya bagi tahun 2019. =) 

Masih sibuk dan terpinga-pinga dengan kerja... hahaha

Saya bermula kerja di tahun 2019 pada 4 haribulan Januari. Menyambut tahun baru sekadar di kamar hotel di Kepala Batas, Kedah. Tiada bunga api nampaknya dari jendela hotel, cuma ada road block menyesakkan tidak jauh sebelum masuk ke pagar hotel.

Malam sebelum itu, menginap di sebuah hotel berhampiran taman tasik Taiping. Taiping memang puas dapat makan yong tau fu. Dan, ada sebuah makam di Taiping yang saya berhajat untuk ziyarah namun tidak berkesempatan hari itu... yakni kubur Almarhum Dr Buhanuddin al Helmy, Yang Dipertua PAS ke-3 dan Ketua Umum P.A.S Pertama di Masjid Melayu, kalau tidak silap saya, InshaAllah semoga ada kesempatan di lain masa. Al Fatihah untuk ruh beliau.

Salam tahun baru, semoga tahun ini lebih bersua kemakmuran, kesenangan dan keharmonian.


Tuesday, December 25, 2018

PENJELASAN TENTANG NAMA PENA

Beginilah jika "angin" menulis datang. Akan terbit beberapa idea rentetan. Saya teringat pagi tadi tatkala menyemak paparan di telefon pintar terdapat satu folder berjudul JOE MAX. 

Saya tidak pasti sebelum ini, jika saya pernah perjelaskan atau tidak asal muasal nama samaran atau nama pena Joe Max tersebut. Nama tersebut awal mula saya guna bagi menjadi nama samaran bagi idea atau rencana yang saya kirimkan ke sebuah fanzine di Melaka tanpa Editornya mengetahui identiti sebenar saya... hahaha.. tapi tak lama selepas itu, mereka tahu juga akhirnya. 

Kemudian, nama itu lagi saya guna juga beberapa kali bagi tujuan nama pena di underground music scene Malaysia namun saya tidak berapa ingat secara tepat. Namun begitu, saya pun tak pasti bagaimana, nama tersebut turut melekat dengan nama blog ini. Walaupun ianya penuh dengan unsur barat tetapi saya pilih untuk gunapakai juga pasal, ianya adalah pernah menjadi salah satu sisi cermin kehidupan saya yang lalu.

JOE MAX merupakan kombinasi dua nama vokalis yang saya minati dahulu. JOE merujuk kepada JONATHAN DAVIS dari KORN dan MAX pula merujuk kepada MAX CAVALERA dari SOULFLY (tatkala itu, walaupun beliau memiliki beberapa band). Jadi, oleh kerana 2 band ini adalah "in" masa itu, jadi saya guna nama tersebut untuk menjadi nama pena yang paling trendy dan style... hahaha...

Jadi, akan datang jika saya ada brand fesyen saya merancang guna nama ini :- JMUG

JoeMaxUnderGround, amacam???

KINI SUDAH MENGHAMPIRI PENGHUJUNG TAHUN 2018

Ini merupakan post bagi blog ini bagi penghujung tahun 2018. Ianya sepatutnya menjadi tahun yang boleh dikenang kerana pada tahun ini genap sepuluh tahun blog ini dibangunkan. Tetapi, saya selaku penulis telah gagal mencoret wacana dan rencana yang sebaiknya bagi memenuhi tugas blog sebagai wadah pengaliran fikrah dan idea.

Tahun 2018 berlalu dengan pantas. Situasi politik di Malaysia telah memberikan suatu perubahan besar apabila kerajaan BN telah digantikan dengan blok yang baru iaitu Pakatan Harapan (PH).

Tiada apa sangat untuk diperkatakan lagi kerana terlalu awal untuk menilai kemampuan dan kebagusan sesuatu kerajaan tersebut bagi tempoh 6 bulan pertama. Kita hanya berusaha dan merancang.

Banyak jua yang berlaku sepanjang tahun ini. Umur saya sudah meningkat 34 tahun. Masih cuba untuk suka menulis dan cuma akhir-akhir ini, minat membaca seakan merosot. Sangat menghairankan...hehehe... walaupun sebelum ini, tidaklah setegar mana kegemaran membacanya.

Apaapa pun jika Tuan Puan terserempak dengan post ini secara tidak sengaja, selamat menyambut Tahun baru 2019 saya ucapkan. Semoga ada kesempatan kita berjumpa di post tahun 2019... dan seterusnya tahun 2020... mudah-mudahan jika ada umur yang panjang.

2018 berlalu dengan 2 post, maka boleh mengatasi 2014 dan 2016 yang hanya ada 1 post cukup syarat. Memang syok betul bila buat kerja syok sendiri ni... hehehe...

Pejabat milik Bos
Seremban
3:03 petang
kejap lagi nak balik PD dah... hujung-hujung tahun ini berat benor rasa nak koje nye.

Wednesday, January 10, 2018

Kini Sudah Tahun 2018. Nota


Di dalam hidup dan kehidupan.

Bila tiba waktu kematian pasti menjemput.

Akhir tahun lalu dan awal tahun kini, telah perginya dua insan :-

12 November 2017, Mak Long, Zakiah Uluwiah Binti Manap ; dan

08 Januari 2018, Mak Ngah, Mahsuri Binti Hassim

telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Al-Fatihah.