Tuesday, January 8, 2013

Mencari Asal Usul...Apa yang Kau Cari?

Selepas kembali aktif menulis 2-3 minit tadi, tergerak saya lagi untuk menulis satu lagi entri. Jika entri ini berjaya maka dari segi rekod, ianya menyamai dengan keseluruhan jumlah entri yang ada pada tahun lepas, 2012 iaitu sebanyak dua entri =). Situasi, jam 11:29 pagi, bilik gelap pasal tak pasang lampu, tarikh 9 Januari  2013, mata rabak pasal tidur baru 15 minit, dari pukul sembilan malam semalam, sebab mencari-cari sesuatu yang tak pasti di internet hari ini. Entri kali ini, berkenaan dengan nama url dan blog ini, iaitu yellow & orange fanzine atau newsletter. Ianya balik kembali pada tahun 2001-2002, di kala itu saya ada bergiat secara separa aktif dalam suasana gerakan independen anak muda-mudi, underground scene yang pada ketika itu mengandungi pelbagai rencah aneka musika dari : punkrock, death metal, thrash, hardcore punk, grunge, skin oi!, hehehe.. dan lain-lain. dalam pergerakan anak muda mudi ini salah satu wadah informasi adalah melalui fanzine dan newsletter.

Fanzine merujuk kepada suatu makalah yang agak tebal umpama majalah, untuk para penggemar  irama 'bawah tanah' ini, maka sebab itu digelar fan(peminat-penggemar) zine(mungkin singkatan magazine), sekurang-kurangnya, itu kefahaman saya. Seyogia, sebagai salah seorang penggemar saya telah memilih untuk menghasilkan sebuah fanzine ketika itu yang di beri judul yellow & orange, yang asal usulnya saya sendiri telah kaburkan dan sembunyikan seumpama Dr Burhanuddin al-Helmi di'hilang'kan secara perlahan-lahan dari buku sejarah...he.he.he...tapi mungkin, saya fikir mungkin, saya terpengaruh dengan sebuah fanzine dari USA yang berasaskan DIY Hardcore Punk berjudul 'slug & lettuce'. Walhal fanzine saya  pada ketika itu tepu (cheewah!) dengan orientasi grunge. Maka, saya telah memilih fanzine itu sebagai wadah komunikasi dengan kelompok muda-mudi ini. Namun, hangat-hangat begitu saja laa...saya sendiri tidak berapa ingat sampai ke isu berapa fanzine saya di hasilkan. ketika itu, senaskah fanzine biasanya dijual, kadar biasa masa itu ialah RM2 senaskah. Ini berbeza dengan newsletter, yang kebanyakkannya dan kebiasaannya percuma. Newsletter ialah lagi satu bentuk medium menyalur informasi dan komunikasi yang ada di underground scene dan ianya lebih nipis malah selalunya sehelai A4 sahaja. Oke, berkenaan apa itu fanzine dan newsletter telah usai diterangkan.

Maka, kita kembali kepada sejarah yang dikaburkan, berkenaan yellow & orange, sejarahnya telah dipinda oleh saya dari versi awal. Ianya suatu bentuk indoktrinasi dan brainwash untuk para pembaca di luar sana maklum ianya berasal dari lemon dan orange. Buah-buahan yang manis-manis masam...ha.ha.ha. Lemon sedap dibubuh dalam teh o ais, manakala oren buah yang sedap dimakan lepas makan nasi minyak kenduri kahwin. Walaupun saya lebih cenderung kepada nikotin dan kafein, sebenarnya... ha ha ha...

Maka, semasa awal kewujudan blog ini saya telah menamainya dengan nama wadah medium komunikasi yang terdahulu seperti orang kata, mengambil angin semangat perjuangan silam, seumpama kita, yang tidak boleh lari dari kenyataan-kenyataan sejarah silam yang mengajar dan membentuk kita yang sekarang.
sekian. YEAH!!!

No comments: