Monday, November 16, 2009

Damad....



Sabtu lepas, ada gig La Quiete di Kuala Lumpur. Band nie main screamo, aku ada dengar lagu diorang, boleh tahan, tapi banyak dalam bahasa ibunda mereka yakni bahasa Itali. Diorang asal Milan, tu sebab aku beria-ria sangat kalau dapat pergi. Manalah tau kot-kot diorang ter bawak merchandise kelab bola AC Milan dan FC Inter kat dalam merchandise diorang…cheh! tinggi sungguh harapan aku..huh.. Apa pun yang penting sebenarnya aku tak datang pun gig nie. Ini kerana aku sedang di dalam dilemma tipikal kewangan (alas an lapok, marah Wan), asalnya aku nak pergi, tapi disebabkan masalah yang dinyatakan sebelum ni, makanya aku duk je la memerap kat kampong sambil baca mesej dari kawan aku sorang ni, yang pergi ke gig tersebut. Encik Kinto Rebel, salah satu mesej dia yang menarik hati ialah apabila di tanya La Quiete dah beraksi belum? Dia balas “belum, band barat tapi perangai Melayu!” hehe…para politically correct, ultra kiasu luar sana jangan ambil hati ya..ianya sekadar gurauan dan sangat peribadi, tiada niat menghasut dan mengancam orang awam, harap maklum..Waima, setakat tu jer la citer pasal gig, sebab keesokan hari aku telah di sound dalam mesej oleh sorang teman pasal tak datang gig, sebabnya ini akan membunuh minat engkau..so, nak elak kontroversi cukup lah kat sini dulu pasal gig. Hatta, di teruskan citer..aku sekarang dah ada modem baru, sebab aritu hujan lebat, kena sambat petir, rosak, so bile dah ada modem baru, boleh la surf net selalu, internet ni macam televisyen jugak, boleh ketagih. Seperti biasa, setelah dapat surf net aku layan la, blog-blog, web-web yang aku teragak nak tengok. Dalam banyak laman musick dan entertainment terdapat satu yang menarik hati aku blog tersebut ialah blog seorang rakan dari selatan. Memang menghiburkan. Makanya, berinspirasi dari blog beliau aku berminat balik cari cari stuff – stuff lame, salah satunya kugiran yang bermain irama crust dan sludge. Aku ingat lagi, dulu aku minat sangat nak dengar DAMAD, alih-alih baru la nie dapat dengar, memang puas hati aku. Fuh…tenaga dan irama diorang memang menyengat. DAMAD nie boleh jadi top five aku ler lepas Nile, Melechesh dan Dissection, selain Lamb of God. Musick diorang memang layan, front man diorang perempuan. Masa menaip nie pun aku tengah dengar kat diorang lar… tergantung sebab dah pening…

Selamat malam

No comments: