Thursday, September 10, 2009

Sepetang bersama Hazali di mana? Hazali di depan PC...


Hazali duduk depan Komputer, menulis sesuatu untuk dimuatkan kedalam blog beliau. Beliau menggosok matanya yang tak berapa gatal. Beliau memaki perisian komputernya yang tidak henti-henti untuk menukar perkataan tulisan bahasa Melayunya menjadi tulisan bahasa Inggeris, sebagai contoh :- komputer terus menjadi computer…cis!, dia membelek komputernya mencari laman sesawang yang sesuai untuk menjadi bahan hadaman batin mindanya sambil menahan fizik perutnya yang kelaparan. Ianya bermula dengan mencari blog penulis tempatan yang bernama SM Zakir, rindu pula dengan tulisan penulis ini, ujar Hazali. Dalam blog SM Zakir yang berjudul mata kaca, ada satu tulisan berkenaan dengan Frankfurt School. Ianya merupakan gerakan halus neo Sosialis atau Sosial Demokratik yang cuba merencana revolusi menyusup secara diam dan akhirnya mengakibatkan manusia-manusia lain menjadi ejen-ejen mereka tanpa disedari. Selepas membaca Frankfurt School, Hazali teringat akan satu lagi “school” yang berkaitan dengan ekonomi iaitu Chicago School, maka Hazali pun mencari perihal school ini di dalam internet dan terjumpa akan gerombolan gangster ekonomi ini..hehe..gila punya kerja, depa nie..ujar Hazali, dalam school nie, Hazali jumpa satu nama besar, yakni Friedman, dari Friedmannya pautan Hazali jumpa lagi satu nama iaitu, Thiel, Peter Thiel..kali terakhir Hazali dengar nama nie, ialah ketika Hazali membaca tentang keburukan bawaan facebook, Thiel ini di anggap pelabur utama facebook (jika tak silap) dan sebagai orang kaya yang agak bahaya, entah lah, Hazali tak berapa ingat..last-last Hazali terlelap di depan PC nya ketika jenuh menunggu download cerita hantu…

No comments: