Wednesday, May 28, 2008

Street Law & Jungle Rules...Darwinism survived!!!

“ReCollection of Dixonian Nighmares”…Part One


“Kita nie, golongan kaki-kaki reformasi dan revolusi nie, kita..hidup kita di sini, dan matinya, jikalau boleh di sini jua. Maka, mengapa kadangkala kita lihat, banyak revolusi, pemberontakan, hasilnya gagal… kita kena perhatikan sejarah, sejarah banyak ceritanya.. kalau revolusi kita berjaya… kaedah, tanggungjawab, tugas kita akan jadi berubah, pasti berubah, siapa lagi yang mahu kita lawan, diri kita sendiri, ya…boleh jadi, diri kita sendiri. Makanya, revolusi tidak harus menjadi, atau berhasil..haha.. di masa kita hidup ini, agar sepanjang hayat kita, kita dalam keadaan berjuang, itu yang menjadi indah kehidupan itu, kita lahir, berjuang, mati pun dalam berjuang, kerana psikologi manusia nie, kengkadang memang tak boleh menerima perubahan sangat, nanti boleh jadi lupa diri, lahir berjuang, eh..tiba-tiba jadi yang berkuasa, berharta…maka boleh alpa dan lupa jadinya. Lantas, menjadi saling tak tumpah dengan mereka-mereka yang kaki menindas…Dugaannya pasti kuat, Pasti…Oleh itu, jangan gentar dan jangan putus asa untuk berjuang, untuk lawan, kerana hari ini pasti menjanjikan yang indah asalkan kita tidak abaikan apa yang terindah dalam diri kita, Lawan dan terus berjuang!”

“Kemerdekaan negara kita itu, Cuma simbol sahaja, ikon, cara diplomasi kita untuk tidak mencari gaduh dengan kawan-kawan yang menindas. Iya, penjajah juga kawan, tapi bukan kawan yang baik, kawan makan kawan, begitu…yang penting kita dapat merasakan kemerdekaan dan kebebasan kita di dalam jiwa kita ini, yang terutama adalah hati. Kita dapat rasakan yang kita sudah merdeka dari dahulu lagi. Sejarah tidak banyak menceritakan, kerana kadangkala sejarah sengaja disembunyikan. Kita sudah lama merdeka, perjuangan datuk nenek kita adalah sebenarnya suatu perjuangan mempertahankan kemerdekaan, bukan untuk mendapatkan kemerdekaan, kita lawan sebab kawan kita kurang ajar, kita ajar, bila Tunku angkat tangan menjulang ucap MERDEKA, itu umpama kita memeluk dan berjabat tangan dengan kawan kita, dan berkata, takmau gaduh, gaduh lagi laa.. kita tetap merdeka, terus merdeka. Lagipun, dalam hidup kita, kita memang di pengaruhi dan dibentuk oleh kawan-kawan, bukan?.. kawan kawan kita kutuk kita, fitnah kita amik awek kita, tapi adakah apa yang dilakukan merendahkan martabat kita? Sudah tentu tidak…mentaliti jatuh sikit adalah, kan? Nak-nak awek kene cilok, tapi hidup terus hidup. Oleh itu lain kali, kalau ada orang tanya kita dah merdeka berapa lama, kita jawab..cakap sesama kawan, atau cakap berlapik diplomasi lima puluh tahun laa, tapi kalau cakap dari hati dan hakiki, sudah lebih 500 tahun dan lebih lagi, aku, datukku, moyangku sudah merdeka, kerana kami memang insan yang merdeka! Tetapi kita sekarang nie, jangan pulak lupa kawan kawan yang sama masih di luar sana, siap sedia untuk merampas awek baru kita!”

“…yang bertudung itu, indah…makanan yang bertutup, kita yakin sedikit nak menjamahnya. Kalau yang terbiar tu, kita risau dah masuk angin, nanti perut sakit. Manusia memang suka hal-hal yang bertutup, macam hal rumah tangga orang, hal tunang orang, hal baju dalam orang, kan suka tu, benda yang tersembunyi, tak di ketahui, tersorok, amat di sukai. Kalau tak takkan majalah gosip boleh laku, rancangan tv gossip orang ramai tengok, blog gossip orang baca, memang lumrah kut, sejak dulu lagi, dari zaman Rennaissance lagi, malah sebelum tu pun, semangat inkuiri tu apa, semangat ingin tahu..ingin tahu tentang hal-hal yang masih tersembunyi, tertutup, bila tertutup, tersorok ini, nilainya tinggi, rahsia…ramai orang suka nak tahu rahsia, bila dah tahu, jadi biasa-biasa lah.. maka yang tak diketahui ini indah, maka yang bertudung itu, indah…”

1 comment:

AzimAzini said...

Reminds me of a documentary produced by MMU students about "Tudung Saji"..exceptional quality.. :)